:: CUTI
 
 

TAFSIRAN

“Pegawai/pengkhidmat”  bermaksud semua kategori pegawai/pengkhidmat bertaraf tetap yang sedang berkhidmat di MPOB.

DEFINISI CUTI

Sebarang tempoh seseorang pegawai/pengkhidmat itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

DASAR CUTI

Selaras dengan dasar MPOB, cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai/pengkhidmat untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai/pengkhidmat itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh jadual atau rancangan giliran bercuti bagi pegawai/pengkhidmat di bawah seliannya.

KEBENARAN BERCUTI DI LUAR MALAYSIA

BORANG KEBENARAN KE LUAR NEGARA (URUSAN RASMI)
BORANG KEBENARAN UNTUK KE LUAR NEGARA (URUSAN TIDAK RASMI)

i.   Pegawai/pengkhidmat MPOB yang hendak ke luar negara hendaklah mendapat kebenaran Ketua Pengarah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan MPOB 1/2004 Bab 1, Para 5 (Kebenaran Ketua Pengarah untuk Ke luar Negara) menyatakan seseorang pegawai/pengkhidmat yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cutinya di luar Negara hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengarah atau dalam hal Ketua Pengarah, Pengerusi Lembaga.

ii.    Bagi permohonan ke luar Negara atas urusan RASMI hendaklah mengisi borang Permohonan ke Luar Negara (Urusan Rasmi) dan disertakan dengan Borang Permohonan Latihan (BPL) seterusnya mengemukakannya kepada Unit Pembangunan   Insan dan Pengurusan Persidangan.

iii.   Manakala bagi permohonan untuk ke luar Negara atas urusan TIDAK RASMI (seperti menunaikan haji, umrah, melancong dan sebagainya) hendaklah mengisi borang kebenaran ke luar Negara (Urusan Tidak Rasmi) dan dikemukakan  kepada Unit Sumber  Manusia.

  • Setelah mendapat kebenaran ke luar Negara barulah permohonan cuti rehat dibuat dengan menyertakan kelulusan borang kebenaran ke luar Negara yang telah diluluskan.
  • Cuti rehat ini boleh diluluskan oleh kuasa melulus mengikut prosedur biasa.

iv.   Permohonan ke luar Negara bagi urusan rasmi dan tidak rasmi hendaklah dibuat satu (1) bulan sebelum tarikh ke luar Negara.

JENIS CUTI

CUTI KERANA PERKHIDMATAN
  CUTI REHAT
 

BORANG CUTI REHAT

DEFINISI

"Cuti rehat" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

Apa yang dimaksudkan "Perkhidmatan yang melayakkan" :-

Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

KADAR CUTI REHAT

Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai/pengkhidmat berkelayakan adalah seperti berikut :-

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN SEBELUM 1 SEPTEMBER 2005
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 4 TAHUN 2002

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan YangMelayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan Dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
30 hari
35 hari
31-54
30 hari
35 hari
21-30
25 hari
30 hari
1-20
20 hari
25 hari

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN PADA ATAU SELEPAS 1 SEPTEMBER 2005
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 20 TAHUN 2005

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan Yang Melayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
30 hari
30 hari
31-54
30 hari
30 hari
21-30
25 hari
30 hari
1-20
20 hari
25 hari

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN 1 JANUARI 2009
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 14 TAHUN 2008

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan YangMelayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
25 hari
25 hari
31-54
25 hari
25 hari
21-30
25 hari
25 hari
1-20
20 hari
25 hari

 Lantikan Kontrak / Sementara.

Kumpulan / Gred
SSM dan Setaraf

Kadar Cuti Rehat (Hari)

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan  (P.P. 17/2008)(Kuatkuasa 1/1/2009)

Pengurusan Tertinggi
25
6
31-54
25
6
21-30
25
5
1-20
20
5

CUTI REHAT TIDAK GENAP SETAHUN PERKHIDMATAN

Apabila dalam sesuatu tahun, perkhidmatan yang melayakkan tidak genap satu tahun (contohnya, pegawai/pengkhidmat mula berkhidmat atau meletakkan jawatan pada pertengahan tahun atau mengambil cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat), maka cuti yang pegawai/pengkhidmat Lembaga itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja.

Pengiraan kelayakan cuti yang melayakkan:

Kelayakan cuti rehat X tempoh perkhidmatan yang melayakkan(bilangan hari)
365 hari

KUASA MELULUS

Kuasa melulus cuti rehat adalah seperti berikut:-

Ibu Pejabat

JAWATAN
SOKONGAN
KUASA MELULUS
Ketua Pengarah
-
Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah
-
Ketua Pengarah (KP)
Pengarah Bahagian
-
Timbalan Ketua Pengarah I atau II @ Ketua Pengarah
Ketua Unit
-
Pengarah Bahagian
Ketua Seksyen Ketua Unit Pengarah Bahagian
Lain-Lain Pegawai Pengurusan &Profesional Ketua Seksyen / mana-mana Penyelia yang ditentukan oleh Pengarah Bahagian Ketua Unit
Kumpulan Sokongan I dan II Ketua Seksyen / mana-mana Penyelia yang ditentukan oleh Pengarah Bahagian Ketua Unit

Pejabat Wilayah

JAWATAN
SOKONGAN
KUASA MELULUS
Ketua Pejabat Wilayah
-
Pengarah Bahagian
Pen. Peg. Penguatkuasa / Pen. Akauntan
-
Ketua Pejabat Wilayah
Kumpulan Sokongan I dan II
Pen. Peg. Penguatkuasa / Pen. Akauntan
Ketua Pejabat Wilayah

Pejabat Cawangan dan Pejabat Pelabuhan

JAWATAN
SOKONGAN
KUASA MELULUS
Ketua Pejabat Caw. / Ketua StesenPelabuhan . Ketua Pejabat Wilayah
Pen. Peg. Penguatkuasa . Ketua Pejabat Caw. /Ketua Stesen Pelabuhan
Kumpulan Sokongan I dan II Pen. Peg. Penguatkuasa Ketua Pejabat Caw./Ketua Stesen Pelabuhan

Stesen MPOB

JAWATAN
SOKONGAN
KUASA MELULUS
Ketua / Pengurus Stesen . Pengarah Penyelidikan Biologi / Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan
Pegawai Penyelidik . Ketua Stesen / PengurusStesen
Kumpulan Sokongan I dan II Mana-mana Penyelia yang ditentukan oleh Pengarah Bahagian. Ketua Stesen / Pengurus Stesen.

NAIK TANGGA GAJI / LEBIH 10 TAHUN KHIDMAT

Kadar cuti rehat bagi seseorang pegawai/pengkhidmat yang dilantik / dinaikkan pangkat / sepuluh tahun berkhidmat adalah adalah seperti jadual berikut:

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN SEBELUM 1 SEPTEMBER 2005
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 4 TAHUN 2002

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan YangMelayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
30 hari
35 hari
31-54
30 hari
35 hari
21-30
25 hari
30 hari
1-20
20 hari
25 hari

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN PADA ATAU SELEPAS 1 SEPTEMBER 2005
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 20 TAHUN 2005

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan YangMelayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
30 hari
30 hari
31-54
30 hari
30 hari
21-30
25 hari
30 hari
1-20
20 hari
25 hari

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
LANTIKAN 1 JANUARI 2009
BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN 14 TAHUN 2008

Lantikan Tetap.

Kumpulan / Gred SSM dan Setaraf

Kurang 10 Tahun
Perkhidmatan YangMelayakkan

Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang
Melayakkan dan Lebih

Pengurusan Tertinggi
25 hari
25 hari
31-54
25 hari
25 hari
21-30
25 hari
25 hari
1-20
20 hari
25 hari

PEGAWAI / PENGKHIDMAT YANG AKAN BERHENTI KERJA

Seseorang pegawai/pengkhidmat yang akan meninggalkan perkhidmatan tidak berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan yang melayakkan sebelum tarikh dia akan meninggalkan perkhidmatan.

PEGAWAI LEMBAGA YANG AKAN BERSARA

Seseorang pegawai/pengkhidmat yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sejurus sebelum bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan ini cuti rehat yang boleh diambil oleh seseorang pegawai/pengkhidmat itu hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya (dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu).

CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN PERKHIDMATAN

Jika Ketua Jabatan berpuas hati ada kepentingan perkhidmatan yang menyebabkan cuti rehat tidak dapat diambil dalam sesuatu tahun, pegawai/pengkhidmat boleh membuat pilihan untuk :

1. Membawa Ke Hadapan Cuti yang Tidak Dapat Diambil

Seseorang pegawai/pengkhidmat yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu

2. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18. Tahun 2008)

Cuti rehat yang tidak dapat diambil dalam tahun semasa boleh dibenarkan pengumpulannya untuk kelayakan award wang tunai gantian cuti rehat. Jumlah cuti rehat tahunan yang boleh dikumpulkan adalah tertakluk kepada mana-mana Perintah Am, Peraturan, Pekeliling Perkhidmatan atau ketetapan khas yang terpakai bagi seseorang pegawai dari masa ke semasa.

Di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini, maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi gantian cuti rehat ialah sebanyak 120 hari. Kaedah pengumpulan cuti rehat bagi gantian cuti rehat yang sedang berkuatkuasa untuk seseorang pegawai terus kekal (cuti rehat yang dibenarkan dikumpul bagi sesuatu tahun semasa untuk tujuan award wang gantian cuti rehat adalah dihadkan kepada 15 hari atau setengah daripada cuti rehat yang layak diperolehi bagi tahun semasa tersebut mengikut mana yang kurang) kecuali pada tahun akhir perkhidmatan.

Tahun Akhir Perkhidmatan:-
(Bagi melaksanakan kaedah pengumpulan yang baru ini, jumlah cuti rehat yang telah dikumpul bagi gantian cuti rehat oleh seseorang pegawai sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja. Pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang pegawai itu dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi gantian cuti rehat daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun tersebut, sehingga maksimum sama banyak dengn kadar cuti rehat. Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenarkan dikumpul bagi gantian cuti rehat sepanjang perkhidmatannya hendaklah tidak melebihi 120 hari).

Keterangan lanjut sila muat turun fail berikut :

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 2003

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2008

BORANG PENGUMPULAN CUTI REHAT

Anda ingin mengetahui pengiraan anggaran bayaran pencen, ganjaran dan gantian cuti rehat?

Sila lawat laman web berikut:

http://www.jpa.gov.my/sistem/kirapencen.htm

   
  CUTI SEPARUH GAJI
 

DEFINISI

Cuti separuh gaji bermakna cuti dengan dibayar separuh gaji atas sebab kesihatan sanak saudara rapat.

Tafsiran:

Sanak saudara rapat bermakna suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik dan ibu bapa

KADAR CUTI SEPARUH GAJI

30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan dan had maksimum tidak melebihi 180 hari sepanjang perkhidmatan.

CARA MEMOHON

Mengemukakan memo dan mestilah disokong oleh Ketua Unit / Ketua Pejabat dan dipanjangkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia. Permohonan hendaklah disertakan surat perakuan daripada Pegawai Perubatan bahawa pesakit perlu dijaga oleh pegawai/pengkhidmat.

KUASA MELULUS

Pengarah Kewangan/Pengurusan

   
  CUTI TANPA GAJI
  URUSAN SENDIRI
 

DEFINISI

Cuti tanpa gaji bermakna cuti tidak dibayar gaji atas sebab persendirian yang mustahak. Tempoh cuti tanpa gaji tidak boleh diambil kira bagi mengira kelayakan untuk cuti rehat.

KADAR CUTI TANPA GAJI

Kadar cuti yang boleh diluluskan adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari

KELAYAKAN

Urusan sendiri di dalam Malaysia

Pegawai/pengkhidmat berkhidmat tidak kurang daripada enam bulan perkhidmatan yang melayakkan dan telah menggunakan semua kelayakan cuti rehat berkelayakan serta disokong oleh Ketua Jabatan.

Urusan sendiri di luar Malaysia

Pegawai/pengkhidmat mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada enam bulan dan telah menggunakan semua kelayakan cuti rehat berkelayakan serta disokong oleh Ketua Jabatan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga empat tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama itu.

  MENGIKUT PASANGAN
 

Pekeliling perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009

(Mengikut suami/isteri bertugas atau berkursus di dalam atau luar negeri)

Tempoh Cuti Tanpa Gaji (Mengikut Pasangan)

  • Tempoh maksimum CTG mengikut pasangan termasuk tempoh lanjutan yang boleh diluluskan kepada pegawai/pengkhidmat yang pasangannya merupakan pegawai awam adalah mengikut tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas/berkursus.
  • Bagi pegawai/pengkhidmat yang pasanganya bukan pegawai awam, tempoh maksimum CTG mengikut pasangan yang boleh diluluskan adalah tiga (3) tahun atau selama tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas / berkursus, mengikut tempoh mana yang lebih pendek.   Tempoh pelanjutan CTG boleh diluluskan mengikut baki tempoh CTG yang pegawai berkenaan, terhad tempoh keseluruhan CTG adalah tiga (3) tahun.
  • Pegawai/pengkhidmat dikehendaki melaporkan diri bertugas di agensi masing-masing apabila tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan termasuk tempoh yang dilanjutkan tamat.   CTG mengikut pasangan berikutnya hanya boleh dipohon setelah pegawai memenuhi syarat kembali berkhidmat selama satu (1) tahun.

Syarat:

  • Pegawai Awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Ketua Jabatannya.
  • Pekerja perbadanan awam, agensi swasta dan agensi luar Negara yang dilantik / diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Perbadanan Awam, agensi swasta atau agensi luar negeri.
  • Jika pasangan bukan terdiri daripada mana-mana pegawai di perenggan (i) dan (ii), mereka hendaklah:-
    • telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana institusi di dalam Negara atau di luar negeri yang menawarkan pembiayaan untuk berkursus;  dan
    • telah disahkan menerima tawaran dan seterusnya melaporkan diri untuk mengikuti kursus oleh institusi pengajian bagi mereka yang berkursus atas perbelanjaan sendiri.
  • Mana-mana pegawai/pengkhidmat yang tidak termasuk dalam perenggan (a), (b) dan (c) yang memerlukan pegawai/pengkhidmat berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutama yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu iaitu Anggota Pentadbiran seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Permohonan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan :

Pegawai/pengkhidmat yang bercadang untuk memohon CTG mengikut pasangan perlu mengemukakan Permohonan dengan cara mengisi borang seperti dilampiran seperti berikut:-

  • Tiga (3) bulan sebelum tarikh CTG berkenaan.
  • Tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat CTG (bagi permohonan pelanjutan.
  • Permohonan mestilah disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit.

BORANG CTG (MENGIKUT PASANGAN)
Pekeliling Perkhidmatan  Bilangan 29 Tahun 2009

Nota : Untuk maklumat lanjut sila klik di sini:

(www.eghrmis.gov.my/wp-content/pekeliling) (Pekeliling 1/92)

 

 

CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
 

CUTI SAKIT

 

DEFINISI

Cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab perubatan dengan pengemukakan sijil sakit dari pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain pegawai perubatan yang diterima oleh MPOB(Panel MPOB), dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.

Sijil sakit doktor swasta
(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2006)

Kemudahan cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta boleh diluluskan dengan syarat seperti berikut:-

  • Bagi pegawai / pengkhidmat yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit  yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar;  atau
  • Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun calendar

KADAR CUTI SAKIT

  • 90 hari pada satu-satu masa atau dalam satu-satu tahun.
    (Kelulusan - Ketua Jabatan)
  • 90 hari seterusnya
    (Kelulusan - Ketua Pengarah/Pengarah Kewangan dan Pengurusan).
  • Setelah maksimum 180 hari, guna cuti rehat yang berkelayakan (jika ada).

  • Setelah menghabiskan cuti sakit dan cuti rehat, tidak boleh diberi sebarang cuti sehingga diperiksa oleh Lembaga Perubatan.

  • Pegawai/pengkhidmat yang bercuti sakit 45 hari atau lebih selama tiga tahun berturut-turut boleh dikehendaki oleh Ketua Pengarah/Pengarah Kewangan dan Pengurusan untuk diperiksa oleh Jawatankuasa Perubatan.

SAKIT SEMASA BERCUTI REHAT

Sekiranya pegawai/pengkhidmat berada di Malaysia, cuti sakit layak diberikan. Pegawai/pengkhidmat yang berada di luar Malaysia tidak layak diberikan cuti sakit kecuali sakit pada tarikh patut balik atau sakit berlanjutan hingga ke tarikh tersebut, dengan syarat:

i. pegawai/pengkhidmat dimasukkan ke hospital;

ii. sijil sakit dari pegawai perubatan kerajaan negara yang berkenaan; dan

iii. balik sebaik sahaja sihat.

SAKIT SEMASA CUTI SEPARUH GAJI ATAU CUTI TANPA GAJI

Pegawai/pengkhidmat tidak layak diberikan cuti sakit.

   
  CUTI SAKIT LANJUTAN
 

KADAR

Cuti separuh gaji 90 hari dengan elaun bantuan bersamaan separuh gaji (dengan perakuan Lembaga Perubatan) dan boleh diberikan berdasarkan sijil sakit (sementara menunggu laporan Lembaga perubatan). Sekiranya tiada sijil sakit, boleh diberikan cuti tanpa gaji.

Jika pegawai/pengkhidmat masih tidak sihat dan diperakukan oleh Jawatankuasa Perubatan ada harapan sembuh, pegawai/pengkhidmat boleh diberi cuti sakit, iaitu secara cuti tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji.

KELAYAKAN

Cuti sakit lanjutan diberi dalam satu tahun kalender dan boleh diulang dalam tahun kedua. Jika masih tidak sembuh, boleh dibersarakan (dengan perakuan Jawatankuasa Perubatan).

   
  CUTI KUARANTIN
 
Cuti yang diberikan dalam tempoh pegawai/pengkhidmat ditahan di mana-mana stesen kuarantin dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara; dan penahanan tersebut disebabkan perjalanannya melalui pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak.

Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai/pengkhidmat itu disyaki atau didapati sakit, tempoh kurungan ini dianggap sebagai cuti sakit bergaji penuh.

Jika pegawai/pengkhidmat dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit merebak, ia boleh diberikan cuti kuarantin sepanjang tempoh kurungan tersebut.

   
  CUTI BERSALIN
 

DEFINISI

Cuti yang diberikan kepada pegawai/pengkhidmat wanita untuk pemulihan dari bersalin.

KADAR

  • Seseorang pegawai/pengkhidmat yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak   300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya (tetap/kontrak).
  • Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin di antara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
  • Cuti bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin.   Walau bagaimanapun, pegawai/pengkhidmat boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

Bagi pegawai / pengkhidmat yang mempunyai baki cuti bersalin bergaji penuh kurang daripada 90 hari,pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh cuti bersalin di antara 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut:-

  • Menghabiskan kesemua baki cuti bersalin bergaji penuh yang dilayaki.
  • Mengambil cuti rehat yang berkelayakan.
  • Mengambil cuti bersalin tanpa gaji  setelah menggunakan kemudahan di para (i) & (ii)
  • Menggunakan cuti menjaga anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh cuti bersalin bergaji penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 tahun 2007.

Bagi pegawai / pengkhidmat yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan cuti bersalin, pegawai/pengkhidmat dikehendaki untuk memenuhi tempoh cuti bersalin di antara tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut:-

  • Mengambil cuti rehat mengikut kelayakan pegawai/pengkhidmat mulai tarikh bersalin.
  • Mengambil cuti bersalin tanpa gaji setelah menggunakan kemudahan di para (i).
  • Menggunakan cuti menjaga anak  (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh cuti bersalin.

Bagi pegawai/pengkhidmat yang tidak menggunakan kemudahan cuti rehat dan cuti tanpa gaji yang diberi boleh menggunakan kemudahan cuti menjaga anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari mulai dari tarikh pegawai/pengkhidmat bersalin.
Cuti sakit bagi maksud menggantikan tempoh cuti bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bersalin kecuali cuti tibi, kusta, barah atau tempoh pegawai/pengkhidmat dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

CARA MEMOHON

Pegawai/pengkhidmat dikehendaki melengkapkan borang Perakuan Bersalin dengan disertakan surat akuan tarikh bersalin yang diperolehi daripada hospital / klinik tempat pegawai/pengkhidmat bersalin

BORANG PERAKUAN BERSALIN

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010)

 

   
  CUTI KECEDERAAN
 

Cuti kecederaan ialah cuti bergaji penuh bagi pegawai/pengkhidmat yang mendapat kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi dan telah menghabiskan cuti sakit selama kadar cuti sakit (90 hari + 90 hari).

KADAR CUTI KECEDERAAN

Tempohnya adalah sehingga pulih semula atau jika tiada pulih semula, ke tarikh yang ia akan disarakan dari perkhidmatan (dengan perakuan Jawatankuasa Perubatan).

Nota : Keterangan lanjut sila rujuk Perintah Am Bab 'C' para 30, para 31, 32 dan 33.

   
  CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH
 

Pegawai/pengkhidmat yang disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuk pengecualian bayaran wad dalam hospital kerajaan. Sekiranya pegawai/pengkhidmat memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik / pusat perubatan bukan Kerajaan pengiraan bayaran perubatan adalah tertakluk kepada Perintah Fee (Perubatan) 1982. Walau bagaimanapun kadar cuti tibi, kusta dan barah seperti di bawah boleh diberi sekiranya pegawai/pengkhidmat memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik / pusat perubatan bukan Kerajaan.

KADAR CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

Cuti boleh diberi satu demi satu dengan syarat ia menerima rawatan di hospital terus menerus semasa sakitnya itu.

a) Cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang tleh diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.

b) Kemudahan di (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.

c)Setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang ia masih berkelayakan.

d) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (a) dan (c) dan

e) Setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggaota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

KUASA MELULUS

Cuti di (a) dan (c) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, cuti di (d) dan (e) hanya akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu setelah menimbangkan perakuan seseorang pegawai perubatan yang menyatakan ada harapan untuk pegawai/pengkhidmat itu sembuh semula. Walau bagaimanapun Kuasa Tertentu, jika ia memikirkan perlu, boleh mengarahkan pegawai/pengkhidmat tersebut diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

   
CUTI -CUTI LAIN
 

CUTI MENJAGA ANAK

 

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007 telah memperuntukkan kemudahan cuti menjaga anak sebanyak 1,825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan bagi membolehkan pegawai/pengkhidmat  wanita menjaga anak.

KADAR CUTI MENJAGA ANAK

Kemudahan cuti menjaga anak boleh diambil sama ada secara sekaligus sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau berperingkat-peringkat.

Nota : Untuk maklumat lanjut sila klik di sini:

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007

   
  CUTI ISTERI BERSALIN
 

Pegawai/pengkhidmat lelaki boleh diberikan cuti (tanpa rekod) mulai dari isteri bersalin (termasuk hari kelepasan am dan mingguan). Jika isteri bersalin selepas waktu pejabat, cuti boleh diambil pada hari berikutnya.

KADAR CUTI ISTERI BERSALIN

Selama 7 hari dan 5 kali sepanjang perkhidmatan. Anggota yang menggunakan perkhidmatan ini hendaklah mengemukakan salinan perakuan bersalin kepada Ketua Jabatan

   
  CUTI HAJI
 

Syarat :

Beragama Islam;

Berjawatan tetap; dan

Disahkan dalam jawatan.

Nota: Pegawai/pengkhidmat yang bertaraf sementara mestilah telah berkhidmat selama enam tahun secara berterusan.

KADAR CUTI HARI

Selama 40 hari dan sekali sepanjang perkhidmatan.

KUASA MELULUS

Pengarah Kewangan & Pengurusan

CARA MEMOHON

Membuat permohonan dan disertakansurat tawaran daripada agensi yang menguruskan haji/umrah.

   
  CUTI KERANA BERKURSUS/ BELAJAR
 

Seseorang pegawai/pengkhidmat yang telah dipilih atau dibenarkan oleh MPOB untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangkamasa berikut:-

i. bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu;

ii.bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus mengikuti jalan yang paling dekat ; dan

iii.bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan setempat.

Cuti Akademik Menghapuskan Cuti Rehat

Sebarang tempoh dalam masa kursus yang kurang daripada 12 bulan yang pegawai/pengkhidmat bercuti akademi atau penggal akan ditolak dari apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu.

Sekiranya jumlah cuti akademi atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas menamatkan kursus itu kelak.

Tempoh cuti rehat selepas berkursus lebih daripada 12 bulan dihadkan sehingga tujuh hari jika pegawai/pengkhidmat masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkurus. Jika baki cuti lebih daripada tujuh hari selebihnya dianggap lupus

   
  CUTI TIDAK BEREKOD
  a.Cuti gantian
 

Pegawai/pengkhidmat yang bertugas rasmi lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan yang tidak layak mendapat bayaran kerja lebih masa atau bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian.

Kadar Cuti Gantian

Cuti gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa (kadar minima ialah lapan jam bagi sehari cuti gantian).

Kuasa Melulus

Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen, disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

   
 

b.Cuti latihan pasukan sukarela

 

Cuti tanpa rekod boleh diberi kepada pegawai/pengkhidmat yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah kerja tahunan dalam pasukan sukarela.

Kadar Cuti

30 hari bagi tahun kalendar (termasuk kelepasan am dan mingguan) dan 2 hari perjalanan (pergi / balik). Sebarang cuti yang diperlukan lebih dari itu akan ditolak cuti rehat pegawai/pengkhidmat berkenaan.

Kuasa Melulus

Kuasa melulus bagi semua Cuti Tanpa Rekod ialah Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen, disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

Nota : Cuti tanpa rekod hanya diluluskan mengikut budi bicara, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

   
  c.Cuti Menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan/Luar Biasa, Khemah Latihan Tahunan, Seminar, Kursus, Aktiviti Sukan Anjuran Pertubuhan/Persatuan, Aktiviti anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-Jabatan
 

Bagi aktiviti yang diadakan di dalam Malaysia dan pertubuhan/persatuan tersebut mesti diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Kadar Cuti

14 hari setahun kalendar dan 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik. Jika memerlukan tempoh yang lebih daripada itu, maka cuti rehat akan ditolak dan sekiranya cuti rehat habis, boleh diberi cuti tanpa gaji.

Kuasa Melulus

Kuasa melulus bagi semua Cuti Tanpa Rekod ialah Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

Nota : Cuti tanpa rekod hanya diluluskan mengikut budi bicara, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

   
  d.Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
  Pegawai/pengkhidmat yang menjadi ahli Syarikat Kerjasama boleh diluluskan cuti tidak berekod bagi menghadiri kursus, latihan, seminar, mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau di luar Malaysia.

Kuasa Melulus

Kuasa melulus bagi semua Cuti Tanpa Rekod ialah Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

Nota : Cuti tanpa rekod hanya diluluskan mengikut budi bicara, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

   
  e.Cuti masuk peperiksaan
 
Cuti tanpa rekod boleh diberi kepada Pegawai/pengkhidmat menghadiri peperiksaan yang mana peperiksaan itu dianggap boleh membaiki peluang hidup pegawai/pengkhidmat. Cuti tanpa rekod hanya boleh diberi pada hari peperiksaan sahaja.

Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negeri (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009)

Kemudahan  cuti ini diberi kepada  Pegawai/pengkhidmat yang mengikuti pengajian secara sambillan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri.

Tempoh Cuti Kursus Sambilan (CKS)

Pegawai/pengkhidmat boleh diluluskan kemudahan CKS tertakluk kepada garis panduan seperti berikut:-

  • Tempoh CKS yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu (1) tahun pengajian;
  • Tempoh maksimum CKS bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai/pengkhidmat tidak terganggu;
  • Sekiranya pegawai/pengkhidmat telah mengambil tempoh maksimum CKS dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai/pengkhidmat perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut;
  • Sekiranya kursus intensif jatuh pada hari Cuti Umum, maka pegawai/pengkhidmat tidak boleh menuntut CKS sebagai gentian kepada hari tersebut;   dan
  • Kemudahan CKS tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik.

Syarat-Syarat Pemberian Kemudah Cuti Kursus Sambilan (CKS)

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian CKS tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

  • Pegawai/pengkhidmat telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Pegawai/pengkhidmat telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti kursus secara sambilan; (Sila hubungi Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan bagi penjelasan cara permohonan).
  • Kursus yang diikuti adalah diperingkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (PhD).
  • Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysi. Untuk semakan sila lawati di laman web www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp;
  • Pegawai/pengkhidmat layak diberi kemudahan CKS untuk mengikuti kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Kemudahan yang diberikan ini bulan satu hak mutlak pegawai/pengkhidmat dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan;
  • Kemudahan CKS ini tidak boleh di bawa ke tahun hadapan.

Jenis-Jenis Kursus Intensif

  • kuliah
  • tutorial
  • seminar/bengkel/kolokium dan
  • latihan amali/latihan industri yang kurang daripada 30 hari

Kuasa Melulus

Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen dan disertakan jadual peperiksaan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

   
  f.Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
 

Dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa sahaja. Pertubuhan ikhtisas yang dibenarkan adalah seperti yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Kadar Cuti

Tempoh yang benar-benar perlu sahaja.

Kuasa Melulus

Kuasa melulus bagi semua Cuti Tanpa Rekod ialah Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

Nota : Cuti tanpa rekod hanya diluluskan mengikut budi bicara, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

   
  g.Cuti mengambil bahagian dalam olahraga dan sukan
 

Pegawai/pengkhidmat yang mengambil bahagian dalam olahraga/sukan peringkat negeri atau antarabangsa boleh diluluskan cuti tidak berekod. Pegawai/pengkhidmat yang menjadi ahli Majlis atau Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri atau antarabangsa juga boleh diberi cuti tersebut sekiranya menghadiri mesyuarat Majlis atau Jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan.

Kadar Cuti

Masa yang betul-betul diperlukan dan tidak melebihi 30 hari dalam setahun. Sebarang cuti tambahan cuti yang diperlukan boleh dipertimbangkan mengikut budibicara dan kepentingan perkhidmatan.

Kuasa Melulus

Kuasa melulus bagi semua Cuti Tanpa Rekod ialah Pengarah Kewangan dan Pengurusan.

Cara Memohon

Membuat permohonan dengan disokong oleh Pengarah Bahagian / Ketua Unit / Ketua Stesen dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan dan dialamatkan kepada Ketua Unit Sumber Manusia

   
  h.Cuti tugas khas perubatan
 

Pegawai/pengkhidmat yang menjalankan tugas-tugas tertentu perubatan seperti yang disebutkan di (c) boleh diberi cuti tugas khas perubatan oleh Ketua Jabatan mereka sebanyak 14 hari dalam satu-satu tahun. Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas khas perubatan kurang daripada satu tahun, kelayakannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan dalam menjalankan tugas khas itu.

Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan dan hendaklah diambil dalam tahun yang ianya diperolehi.

  i.Kemudahan Cuti Isteri Bersalin
 

Kemudahan cuti isteri bersalin dilaksanakan seperti berikut:

  • Kemudahan ini boleh diberi selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada pegawai/pengkhidmat lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin.
  • Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai/pengkhidmat bersalin atau pada hari berikutnya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat.
  • Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan kelepasan am;
  • Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan; dan
  • Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan;

Pegawai/pengkhidmat yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan perakuan bersalin isterinya kepada Ketua Jabatan.

Nota :  Kemudahan cuti ini dipanjangkan kepada pegawai/pengkhidmat bertaraf kontrak.

  CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT
  Kemudahan cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

a. Kemudahan ini boleh diberi selama tiga hari sebagai cuti tanpa rekod kepada pegawai/pengkhidmat untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga yang terdekat;

b. Ahli keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu-bapa kandung kepada pegawai/pengkhidmat berkenaan;

c. Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat;

d.Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am;

e. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; dan

f. Pegawai/pengkhidmat yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Ketua Jabatan untuk tujuan rekod.

Nota :  Kemudahan cuti  ini dipanjangkan kepada pegawai/pengkhidmat bertaraf kontrak.