:: Persaraan

OPSYEN - SKIM PENCEN ATAU SKIM KWSP

Anggota-anggota Kerajaan dalam perkhidmatan tetap yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 akan diberi opsyen oleh pihak Pengurusan memilih sama ada Skim Pencen atau Skim KWSP sebelum disahkan dalam jawatan.

PANDUAN SEMASA MEMBUAT OPSYEN

Untuk membantu anggota membuat opsyen, berikut adalah faedah-faedah yang disediakan untuk setiap pilihan

   
Skim KWSP

Pegawai yang memilih Skim KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991. Dibawah Akta ini, ahli-ahli boleh :-

i.
Membuat pengeluaran sepenuhnya (caruman Pekerja + Majikan) ketika:-
a.
Ahli meninggal dunia - caruman ahli boleh dikeluarkan oleh orang yang dinamakan atau waris ahli.
b.
Ahli telah mencapai umur 55 tahun.
c.
Ahli tidak berkeupayaan dari segi fizikal atau mental untuk bekerja di dalam sebarang bentuk pekerjaan
d.
Ahli yang terdiri dari bukan warganegara yang ingin meninggalkan Malaysia.
ii.
Membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan:-
a.
Membeli/Membina rumah.
b.
Mengurangkan/Menyelesaikan Pinjaman Perumahan.
c.
Mencapai umur 50 tahun.
d.
Menyertai Skim Pelaburan Ahli
e.
Dividen Tahunan.
 
1. SKIM PENGELUARAN

Pegawai yang memilih Skim KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991 seperti:-
1.1 Boleh membuat pengeluaran sepenuhnya (caruman Pekerja + Majikan) ketika:-

a) Jika ahli meninggal dunia - caruman ahli boleh dikeluarkan oleh orang yang dinamakan atau waris ahli.
b) Jika ahli telah mencapai umur 55 tahun.
c) Jika ahli tidak berkeupayaan dari segi fizikal atau mental untuk bekerja di dalam sebarang bentuk pekerjaan.
d) Jika ahli yang terdiri dari bukan warganegara yang ingin meninggalkan Malaysia.

1.2 Membuat sebahagian daripada simpanan:-

a) Membeli/Membina rumah.
b) Mengurangkan/Menyelesaikan Pinjaman Perumahan.
c) Mencapai umur 50 tahun.
d) Menyertai Skim Pelaburan Ahli.
e) Dividen Tahunan.

2. Mulai 1 November 1994 setiap ahli mempunyai tiga akaun I, Akaun II dan Akaun III di mana caruman bulanan akan dikreditkan mengikut peratusan berikut:-
60% daripada caruman bulanan untuk Akaun I
30% daripada caruman bulanan untuk Akaun II
10% daripada caruman bulanan untuk Akaun III

Apabila ahli mencapai umur 55 tahun, ketiga-tiga akaun ahli akan disatukan semula dan ahli boleh mengeluarkan semua simpanan masing-masing seperti berikut:-

a) Semua simpanan secara sekaligus.
b) Semua simpanan secara bayaran berkala bulanan.
c) Sebahagian simpanan secara sekaligus dan sebahagian secara bayaran berkala
d) Mengeluarkan hanya dividen tahunan dengan menyimpan simpanan pokok di KWSP.

 
2. SKIM PENGELUARAN MEMBELI / MEMBINA RUMAH

Ahli boleh mengeluarkan Simpanan Akaun II untuk tujuan membeli/membina rumah.

Ahli boleh mengeluarkan Simpanan Akuan II untuk mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil setiap lima tahun sekali daripada tarikh pengeluaran terdahulu dibuat sehingga ahli mencapai umur 55 tahun jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:-

a) Masih mempunyai baki pinjaman yang diambil bagi tujuan membeli atau membina
Sebuah rumah kediaman.
b) Mengeluarkan simpanan ini hanya bagi tujuan menyelesaikan/mengurangkan baki pinjaman bagi hartanah yang sama bagi pengeluaran KWSP sebelum ini.
c) Belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.

 
3. SKIM PENGELUARAN KESIHATAN

Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun III untuk membiayai kos rawatan perubatan ke atas penyakit kritikal yang dihadapi oleh ahli atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga seperti suami/isteri, anak atau ibu bapa ahli jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:-

a) Ahli atau ahli keluarga ahli mengidap penyakit yang kritikal seperti yang diluluskan oleh Kembaga KWSP.
b) Ahli atau ahli keluarga ahli tidak menerima pembiayaan perubatan daripada majikannya atau apa-apa lain bentuk pembiayaan perubatan atau apa-apa faedah perubatan daripada mana-mana organisasi.

 
4. SKIM PENGELUARAN BAYARAN BERKALA

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan yang ada di Skim Pengeluaran Bayaran Berkala apabila ahli mencapai umur 55 tahun jika ahli memenuhi syarat-syarat berikut:-

a) Telah mencapai umur 55 tahun
b) Mempunyai baki simpananminimum sekurang-kurangnya RM12,000.00 untuk permohonan pengeluaran ini dibuat.
c) Tidak mengeluarkan simpanan (dividen) di bawah Skim Pengeluaran Dividen Tahunan
d) Tempoh bayaran berkala hendaklah tidak kurang daripada 5 tahun.

 
5. SKIM PENGELUARAN HILANG UPAYA
Membenarkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan apabila ahli hilang keupayaan dari segi jasmani atau mental untuk terus bekerja.
Skim ini membantu ahli menyara kehidupan setelah ahli tidak lagi mampu bekerja. Syaratnya:-
a) Sudah berhenti kerja.
b) Hilang upaya yang berkekalan.
c) Laporan perubatan asal tentang dan keadaan semasa. Bagi laporan dari hospital awam - hendaklah tidak melebihi satu tahun dari tarikh laporan dikeluarkan manakala 6 bulan jika klinik swasta.
 
6. SKIM PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA

Membenarkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan KWSP apabila ahli akan atau telah meninggalkan Malaysia tanpa berniat untuk kembali ke Malaysia. Syaratnya:-

a) Bukan warganegara Malaysia.
b) Telah berhenti kerja.

Tidak layak sekiranya:-

a) Pemastautin tetap negara luar.
b) Tempoh tamat permit melebihi 3 bulan

 
7. SKIM PELABURAN SIMPANAN AHLI

Membenarkan ahli mengeluarkan 20% atas amaun yang melebihi RM50,000.00 dalam akaun I tertakluk kepada amaun minimum yang layak iaitu RM1,000.00.

Ahli boleh memohon jika:-

a) Simpanan di akaun I adalah sebanyak RM55,000.00 dan keatas.
b) Belum mencapai umur 55 tahun.
c) Pemindahan pelaburan seterusnya boleh dibuat setelah melebihi 3 bulan daripada pemindahan pelaburan terakhir.

 
8. BANTUAN AMAUN TAMBAHAN UNTUK AHLI KWSP

Ahli KWSP juga layak menerima bantuan KWSP yang berupa amaun tambahan:-

a) Jika ahli meninggal dunia

Satu amaun tambahan selain dari caruman ahli akan dibayar kepada waris terdekat sekiranya meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun. Amaun yang akan dibayar berjumlah tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak melebihi RM30,000.00.

b) Jika ahli hilang keupayaan bekerja

Jika ahli mengeluarkan semua carumannya atas sebab-sebab hilang keupayaan dari segi jasmani atau mental sebelum umur 60 tahun, ahli berkenaan juga akan dibayar bantuan hilang keupayaan berjumlah tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak melebihi RM30,000.00. Ini adalah satu amaun tambahan yang dibayar kepada seorang ahli yang mengeluarkan semua carumannya atas alasan tidak berkeupayaan untuk bekerja dalam sebarang bentuk pekerjaan.