:: Persaraan

OPSYEN - SKIM PENCEN ATAU SKIM KWSP

Anggota-anggota Kerajaan dalam perkhidmatan tetap yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 akan diberi opsyen oleh pihak Pengurusan memilih sama ada Skim Pencen atau Skim KWSP sebelum disahkan dalam jawatan.

PANDUAN SEMASA MEMBUAT OPSYEN

Untuk membantu anggota membuat opsyen, berikut adalah faedah-faedah yang disediakan untuk setiap pilihan

   
Skim Pencen

Pegawai lantikan tetap yang memilih Skim Pencen layak memperolehi faedah-faedah yang diperuntukkan di bawah Akta Pencen Badan-Badan Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) seperti:-

i.
Bayaran Pencen Perkhidmatan (Pencen Bulanan)
ii.
Bayaran Ganjaran Perkhidmatan
iii.
Bayaran Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (jika berkenaan)
iv.
Kemudahan perubatan selepas bersara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2001.
 
1. Skop dan Objektif Sistem

Pengurusan Pencen bermula dari tarikh anggota dilantik kedalam perkhidmatan Kerajaan sehingga beliau bersara dan seterusnya sehingga beliau atau tanggungannya hilang kelayakan menerima pencen. Pengurusan Pencen bertujuan untuk memastikan hanya anggota yang layak sahaja menerima faedah persaraan di bawah undang-undang Pencen. Seterusnya faedah persaraan dibayar dengan jumlah yang tepat mengikut formula dan kelayakan yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pencen.

 
2. Objektif Skim Pencen
Skim Pencen telah diwujudkan oleh Kerajaan khusus bagi memenuhi objektif-objektif berikut:-
(a)
Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedekasi dan amanah;
(b)
Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota agar mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan;
(c)
Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan;
(d)
Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan
(e)
Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau mengidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi kereka.
 
3. Undang-undang Pencen
Skim Pencen untuk pekerja Badan Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri dan pekerja Pihak Berkuasa Tempatan adalah termaktub di dalam Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).
 
4. Pencen Bukan Hak Mutlak
Pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di dalam Akta 239 bukanlah suatu hak mutlak seseorang anggota (Seksyen 3(1) Akta 239). Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah persaraan.
 
5. Pemberian Taraf Berpencen

Seseorang anggota tetap yang telah memilih Skim Pencen layak di beri sebagai anggota berpencen jika ia telah:-

(a) Disahkan dalam jawatannya; dan

(b) Genap tempoh perkhidmatan selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.

 
6. Tanggungan Kerajaan Persekutuan
(a)
Bayaran pencen, ganjaran, elaun bersara dan ganjaran merupakan tanggungan Kerajaan Persekutuan mengikut Seksyen 4(1) Akta 239, pencen,ganjaran atau lain-lain faedah yang diberi kendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(b)
Bayaran GCR untuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri, Badan Berkuasa Berkanun atau pihak Berkuasa Tempatan yang menerimapakai skim tersebut adalah dibayar dari peruntukan anggaran belajawan mengurus masing-masing.
 
7. Jenis-jens Persaraan

Terdapat 4 jenis persaraan yang dibenarkan di bawah Akta 239, iaitu:-

a) Persaraan Paksa

(b) Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan

(c) Persaraan Setelah Dilantik Untuk Berkhidmat Dalam Pertubuhan

(d) Persaraan Pilihan

Pastikan anda menyerahkan kepada Unit Sumber Manusia :

i. salinan kad pengenalan anda

ii. salinan kad pengenalan isteri/suami

iii. sijil nikah/cerai

iv. salinan surat beranak anak-anak di bawah 21 tahun
(tiada had umur bagi anak cacat tetapi diperlukan Laporan Perubatan baginya)

v. alamat perhubungan selepas bersara

 
a. Persaraan Paksa
Terdapat 7 jenis persaraan paksa iaitu:-
(i)

Persaraan wajib kerana mencapai umur 55 atau 56 tahun;

Apabila seseorang anggota mencapai umur 55 atau 56 tahun, adalah dengan sendirinya ia bersara secara automatik.
(Seksyen 10(1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, 1980 (Akta 239) di baca bersama Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001.

(ii)
Persaraan atas sebab kesihatan;
(iii)
Persaraan atas sebab penghapusan jawatan;
(iv)
Persaraan atas sebab penyusunan semula organisasi;
(v)
Persaraan atas sebab pekerjaan anggota telah ditamatkan demi kepentingan awam;
(vi)
Persaraan atas alasan memperolehi kewarganegaraan asing (berkuatkuasa bagi lantikan baru pada atau selepas 15.5.1996);
(vii)
Persaraan atas sebab memberi maklumat palsu bagi maksud perlantikan anggota ke dalam perkhidmatan Kerajaan (berkuatkuasa bagi lantikan baru pada atau selepas 12.4.1991)
   
b. Persaraan di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Dengan Persetujuan Anggota
(i)
Persaraan atas kepentingan negara;
(ii)
Persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam atau perkhidmatan
Badan Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
   
c. Persaraan Setelah Dilantik Untuk Berkhidmat Dalam Pertubuhan
Persaraan atas alasan telah dilantik oleh atau dengan kebenaran Kerajaan untuk berkhidmat dalam pertubuhan
   
d. Persaraan Pilihan
(i)
Anggota-anggota lelaki dan perempuan di dalam perkhidmatan Awam
dan Badan Berkuasa Berkanun serta Kuasa Tempatan boleh memohon persaraan pilihan sendiri apabila mencapai umur 40 tahun.
(ii)
Permohonan persaraan pilihan sendiri hendaklah dikemukakan ke Unit Sumber Manusia untuk dipanjangkan ke Bahagian Pencen (JPA) enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

(a)
Surat permohonan menyatakan sebab-sebab ingin bersara dan
tarikh persaraan yang dipohon, dan surat dari Jabatan berkaitan perkara-perkara berikut:-
  • menyokong atau tidak menyokong persaraan pilihan sendiri anggota;

  • pengesahan sama ada terlibat atau bebas daripada apa-apa tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah;
  • masih terikat dengan atau bebas dari apa-apa syarat kontrak biasiswa Kerajaan. Bagi anggota yang masih mempunyai ikatan kontrak biasiswa Kerajaan atau Badan Berkuasa Berkanun, surat pelepasan ikatan kontrak biasiswa Kerajaan dan dari pihak berkuasa berkenaan hendaklah dikemukakan.
(b)

Pastikan anda menyerahkan kepada Unit Sumber Manusia :

i. salinan kad pengenalan anda

ii. salina kad pengenalan isteri/suami

iii. sijil nikah/cerai

iv. salinan surat beranak anak-anak di bawah 21 tahun
(tiada had umur bagi anak cacat tetapi diperlukan Laporan Perubatan baginya)

v. alamat perhubungan selepas bersara

(iii)
Sekiranya anggota berada di dalam Perkhidmatan Kritikal, permohonan akan hanya diproses dan diluluskan sekiranya terdapat perakuan dari Ketua Jabatan bahawa persaraan anggota tidak akan menjejas perjalanan perkhidmatan Jabatan.
(iv)
Kelulusan persaraan hanya akan diberi jika permohonan tersebut mendapat sokongan Ketua Jabatan.
(v)
Seseorang anggota berpencen yang bersara atas pilihan sendiri hanya layak mendapat faedah persaraan sekiranya mempunyai tempoh perkhidmatan selama tidak kurang 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
8. Faedah Persaraan
Faedah-faedah persaraan hanyalah diberi kepada anggota berpencen yang bersara atau dibesarakan di bawah undang-undang pencen. Apabila bersara faedah-faedah berikut layak dibayar kepada pesara:-
a.
Pencen Perkhidmatan
b.
Ganjaran Perkhidmatan
c.
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (jika berkenaan)
d.
Kad Pesara
e.
Pencen Hilangupaya (jika berkenaan)
f.
Pencen Tanggungan (jika berkenaan)
g.
Elaun Tanggungan (jika berkenaan)
h.
Pencen Terbitan (jika berkenaan)
 
Nota : Untuk mengetahui anggaran pencen perkhidmatan anda, sila lawati laman WEB berikut:
 
a. PENCEN PERKHIDMATAN
(i)

Pencen Perkhidmatan merupakan bayaran bulanan yang diberi seumur hidup anggota berpencen yang telah bersara atau dukehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan. Penghitungannya adalah berdasarkan gaji yang akhir diterima oleh anggota dan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan.

FORMULA PENCEN
1/600 X Jumlah Genap Perkhidmatan Yang Dimasukira x Gaji Akhir

Anggota yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) layak menerima 'pencen minimum' sebanyak RM180.00 apabila bersara.

Anggota yang mempunyai tempoh perkhidmatan selama 25 tahun (300 bulan) atau lebih akan mendapat 'pencen maksimun' iaitu bersamaan ½ dari gaji hakiki yang akhir diterima.

(ii)

Anggota yang bersara atas sebab kesihatan akan dibayar 'pencen minimum' sebanyak 1/5 dari gaji akhir diterima jika tempoh perkhidmatan kurang dari 120 bulan (10 tahun).

(iii)

Bagi kes kematian anggota dalam perkhidmatan yang telah diberi taraf berpencen dan tempoh perkhidmatan kurang dari 120 bulan (10 tahun), juga akan dibayar 'pencen minimin' sebanyak 1/5 dari gaji akhir.

(iv)

Bagi persaraan di atas sebab penghapusan jawatan dan penyusunan semula organisasi, fak tor yang digunapakai dalam penghitungan pencen ialah:-

1/500 x Jumlah Genap Bulan Perkhidmatan Yang Dimasukira x Gaji Akhir

   
b. GANJARAN PERKHIDMATAN
 

Ganjaran Perkhidmatan merupakan bayaran yang dibuat setelah mengambilkira tempoh perkhidmatan anggota dalam perkhidmatan Kerajaan yang boleh dimasukira dan gaji akhir diterima oleh anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan. Ianya dibayar secara sekaligus dalam bentuk cek kepada anggota berpencen yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

FORMULA GANJARAN
Jumlah Genap Bulan Perkhidmatan Yang Dimasukira x Gaji Akhir x 7.5%

   
c. GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

(i)

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat akan diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan Kerajaan dengan syarat baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan

(ii)
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan awam boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul bagi Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.
(iii)
Semasa meluluskan pembayaran Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai awam, Jabatan berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran, jika ada, di dalam Kenyataan Cuti Rekod Perkhidmatan pegawai berkenaan.
(iv)

Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat ini adalah dihitung berdasarkan 1/30 daripada gaji yang akhir diterima, termasuk Imbuhan Tetap bagi setiap hari cuti rehat yang dikumpulkan tertakluk kepada had maksima 90 hari cuti rehat.

FORMULA GCR
1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji Akhir (termasuk Imbuhan Tetap)

   
d. KAD PESARA

(i)

Kad Pesara diperuntukkan kepada pesara sebagai dokumen pengenalan untuk menikmati keistimewaan-keistimewaan tertentu (seperti tambang keretapi yang rendah daripada biasa dan caj wad yang dikenakan di Hospital Kerajaan bersamaan dengan setengah daripada caj yang dikenakan kepada seseorang yang gajinya sama dengan gaji terakhir pesara) yang diumumkan dari semasa ke semasa.

(ii) Kad Pesara ini dikeluarkan kepada semua penerima pencen oleh Bahagian Pencen (JPA).
(iii) Kad Pesara hanya diberi apabila pencen perkhidmatan dibayar kepada pesara
   
e. PENCEN HILANGUPAYA
Pencen Hilangupaya merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:-
(i)
kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasminya;
(ii)
penyakit yang dihidapinya kerana jenis tugas anggota tersebut atau
(iii)
kemalangan dalam perjalanan;yang bukan disebabkan olehkecuaian atau salahlaku anggota tersebut.
   
f. PENCEN TANGGUNGAN
Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami atau penyakit yang dihidapi kerana menjalankan tugas rasminya atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat:-
(i)
anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas; dan
(ii)
kematian pesara atau anggota tersebut telah belaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut.
   
g. ELAUN TANGGUNGAN
Elaun Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan yang di bayar kepada:-
(i)
pesara;
(ii)
isteri pesara; dan
(iii)
anak pesara
   
apabila pencen perkhidmatan pesara dihentikan serta-merta sebaik sahaja pesara diisytiharkan bankrap atau muflis. Bagi pesara yang dijatuhkan hukuman penjara atau dikenakan hukuman mati, elaun ini boleh juga dipertimbangkan diberi kepada tanggungannya. Elaun ini merupakan faedah persaraan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara khusus sebagai suatu bantuan nafkah hidup mereka selagi mana pesara masih belum dilepaskan dari penghukuman mahkamah sebagai seorang bankrap atau muflis, atau tidak diberi pengampunan dan dibebaskan dari sabitan jenayah terhadapnya.

Elaun ini akan dihentikan bayarannya dan pencen perkhidmatan dibayar semula kepada pesara sebaik sahaja pesara dilepaskan dari penghukuman kebankrapan mahkamah atau diberi pengampunan dan dibebaskandari sabitan jenayahnya, mana yang berkaitan
   
h. PENCEN TERBITAN
Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada:-
(i)
balu atau duda; dan
(ii)
anak
anggota berpencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau pesara yang telah meninggal dunia.
 
9. Pembayaran Pencen
(a) Pembayaran faedah-faedah persaraan kepada pesara-pesara baru ialah pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:-
(i) Ganjaran Perkhidmatan - dalam tempoh satu bulan dari tarikh persaraan
(ii)

Pencen Perkhidmatan
Persararaan Paksa - satu bulan dari tarikh persaraan

Persaraan Pilihan
- Dibayar apabila pesara mencapai umur 45 tahun bagi anggota perempuan yang dilantik sebelum 12 April 1991.
- Dibayar apabila pesara mencapai umur 50 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebelum 12 April 1991.
- Anggota lelaki dan perempuan yang dilantik selepas 12
April 1991 akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

(iii) Gantian Cuti Rehat (Award Wang Tunai) - pada hari terakhir dalam perkhidamtan sebelum bersara
(iv) Ganjaran dan Pencen Terbitan - dalam tempoh dua bulan dari tarikh kematian dalam perkhidmatan
(v) Pencen Terbitan - dalam tempoh dua bulan dari tarikh kematian pesara.
(b) Pembayaran ganjaran, pencen dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat semuanya tertakluk kepada potongan-potongan wajib, sekiranya ada. Potongan-potongan yang dimaksudkan ialah seperti:-
(i) caruman syir Kerajaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP);
(ii) cukai pendapatan;
(iii) baki pinjaman perumahan, kenderaan dan hutang-hutang selainnya yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkuasa Berkanun atau Kuasa Tempatan; dan
(iv) nafkah isteri/anak yang dibayar secara berkala bagi menunaikan perintah mahkamah.
(c) Segala pinjaman dari pihak selain daripada agensi Kerajaan dan segala pinjaman dari mana-mana pihak yang diperolehi pada dan selepas tarikh persaraan hendaklah dijelaskan oleh pesara sendiri dan tidak boleh dikutip-balik secara potongan dari pencennya.