SOALAN-SOALAN MENGENAI e-PRESTASI ?
 
SOALAN
1.
Bagaimana untuk menyediakan SKT dan Pencapaian SKT dalam eprestasi secara online?
2.
Apa akan berlaku sekiranya saya dilantik ke jawatan baru dalam tahun penilaian?
3.
Apa akan berlaku sekiranya saya bertukar tempat bertugas dalam tahun penilaian?
4.
Apa perlu saya lakukan sekiranya saya dapati maklumat perbadi atau perkhidmatan atau Penilai adalah salah?
5.
Apa yang akan saya lakukan sekiranya saya lupa Katalaluan?
6.
Bolehkah saya melihat markah prestasi saya secara online?
7.
Saya tidak mempunyai e-mail. Perlukah saya mempunyai alamat e-mail bagi tujuan prestasi online?
8.
Komputer saya tidak mempunyai Internet Explorer. Apa yang perlu saya buat?
9.
Saya bercuti, out-station atau berada diluar negeri semasa penilaian prestasi online sedang dijalankan. Apa yang perlu saya buat?
10.
Saya sedang cuti belajar sepenuh masa. Perlukah saya mengisi Borang secara online ini?
11.
Saya sedang bercuti sakit selama 3 bulan. Perlukah saya mengisi borang prestasi?
12.
Pegawai Penilai saya memilih SSB. Perlukah saya kemukakan borang kepada beliau?
13.
Saya adalah anggota bertaraf kontrak. Perlukah saya mengisi borang penilaian secara online tahun 2004?
14.
Saya bertaraf sementara. Perlukah saya mengisi borang penilaian secara online tahun 2004?
15.
Saya sebagai PPP. PYD saya berada di luar negara. Perlukah beliau mengisi borang prestasi secara online?
16.
Saya sebagai Pegawai Penilai Pertama. Perlukah saya memaklumkan penilaian saya kepada PYD sebelum saya menghantar penilaian kepada PPK?
17.
Saya telahpun menghantar borang secara online kepada Pegawai Penilai saya. Bolehkah saya mengubah maklumat yang telah saya isi?
18.
Bila mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) 2004 bagi mengesahkan markah prestasi 2004 dijangka akan bersidang?
19.
Saya berjawatan Pegawai Penyelidik yang ditempatkan di Bahagian Pengurusan. Perlukah saya mengisi ruangan penerbitan yang dikhususkan untuk Pegawai Penyelidik?
20.
Saya berjawatan Pembantu Tadbir dalam Kumpulan Sokongan I. Adalah markahprestasi saya untuk setiap Bahagian dalam Borang Penilaian sama seperti Kumpulan Sokongan II?
   
JAWAPAN
1. Bagaimana untuk menyediakan SKT dan Pencapaian SKT dalam eprestasi secara online?
  Anda mempunyai dua pilihan sama ada menaip semula SKT dan Pencapaian SKT dalam ruangan yg telah disediakan atau Memuat naik( upload) dari fail anda. Sekiranya anda bercadang untuk memuat naik (upload) sila pastikan kedua-dua ruangan iaitu SKT dan Pencapaian mengunakan upload. Program tidak membenarkan anda mengunakan kedua-dua pilihan sekaligus.
 
2. Apa akan berlaku sekiranya saya dilantik ke jawatan baru dalam tahun penilaian?
  Bergantung kepada tempoh anda dilantik ke jawatan baru iaitu tidak kurang dari 6 bulan. Sebagai contoh: sekiranya anda sebelum ini adalah Penolong Pegawai Penyelidik dan dilantik sebagai Pegawai Penyelidik pada 01 Ogos 2004, anda perlu mengisi borang prestasi bagi jawatan lama anda dalam Kumpulan Sokongan. Bagi tahun 2005 anda bolehlah mengisi Borang prestasi menggunakan jawatan baru anda dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional.
 
3. Apa akan berlaku sekiranya saya bertukar tempat bertugas dalam tahun penilaian?
  Bergantung kepada tempoh anda bertukar tempat bertugas iaitu tidak kurang dari 6 bulan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, Pegawai Penilai anda mestilah pegawai atasan anda sebelum anda bertukar. Walaubagaimana pun, keputusan tersebut boleh anda rujuk dengan Pengarah Bahagian tuan.
 
4. Apa perlu saya lakukan sekiranya saya dapati maklumat perbadi atau perkhidmatan atau Penilai adalah salah?
 

Anda perlu merujuk segera ke Urusetia melalui email : prestasi@mpob.gov.my atau menghubungi Urusetia dialamat atau no telefon yang dinyatakan dalam web laman prestasi.

 
5. Apa yang akan saya lakukan sekiranyasaya lupa Katalaluan?
  Anda perlu merujuk segera ke Urusetia melalui email : prestasi@mpob.gov.my atau menghubungi Urusetia dialamat yang dinyatakan dalam web laman prestasi.
 
6. Bolehkah saya melihat markah prestasi saya secara online?
 

Boleh. Anda boleh melihat markah anda selepas PPSM bersidang. Markah dan ulasan akan dibuka secara online dan anda boleh mencetak untuk simpanan anda.

 
7. Saya tidak mempunyai e-mail. Perlukah saya mempunyai alamat e-mail bagi tujuan prestasi online?
  Perlu. Ini untuk memudahkan Urusetia menghubungi anda atau untuk menghantar apa-apa maklumat secara online. Oleh yang demikian, sila dapatkan alamat e-mail dan kemukakan kepada Urusetia Prestasi dengan segera.
 
8. Komputer saya tidak mempunyai Internet Explorer. Apa yang perlu saya buat?
  Anda perlu memaklumkan kepada Unit Komputer untuk dimasukkan browser Internet Explorer.
 
9. Saya bercuti, out-station atau berada diluar negeri semasa penilaian prestasi online sedang dijalankan. Apa yang perlu saya buat?
 

Anda diberi tempoh masa untuk membuat penilaian. Sila patuhi tempoh yang dinyatakan samada sebagai PYD, PPP atau PPK kerana sistem akan hanya membenarkan anda mengisi borang dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja. Sila dapatkan mana-mana PC yang mempunyai capaian browser Internet Explorer di tempat anda berada semasa anda bercuti, out-station atau berada diluar negeri.

 
10. Saya sedang cuti belajar sepenuh masa. Perlukah saya mengisi Borang secara online ini?
  Pihak Pentadbiran menyediakan borang yang berlainan untuk anggotaseperti anda. Oleh yang demikian, anda tidak perlu mengisi borang secara online ini.
 
11. Saya sedang bercuti sakit selama 3 bulan. Perlukah saya mengisi borang prestasi?
 

Perlu. Anggota tidak perlu mengisi borang sekiranya cuti anda melebihi 180 hari (6 bulan).

 
12. Pegawai Penilai saya memilih SSB. Perlukah saya kemukakan borang kepada beliau?
  Perlu.
 
13. Saya adalah anggota bertaraf kontrak. Perlukah saya mengisi borang penilaian secara online tahun 2004?
 

Tidak. Bagi anggota bertaraf kontrak penilaian masih menggunakan Borang secara manual. Walaubagaimana pun, untuk tahun 2005 penilaian akan dibuat secara online.

 
14. Saya bertaraf sementara. Perlukah saya mengisi borang penilaian secara online tahun 2004?
  Perlu.
 
15. Saya sebagai PPP. PYD saya berada di luar negara. Perlukah beliau mengisi borang prestasi secara online?
 

Ya. PYD anda yang memilih SSM masih boleh mengakses prestasi secara online dari luar negara. Beliau juga perlu mematuhi tempoh seperti mana yang ditetapkan sebagai PYD. Manakala yang memilih SSB, borang manual dan prosidur lama masih terpakai.

 
16. Saya sebagai Pegawai Penilai Pertama. Perlukah saya memaklumkan penilaian saya kepada PYD sebelum saya menghantar penilaian kepada PPK?
  Sistem memberi tempoh masa kepada anda untuk menyimpan dan mencetak sebelum menghantar ke PPK. Dalam tempoh tersebut anda boleh mencetak borang PYD yang telah anda nilai untuk ditunjukkan kepada PYD bagi tujuan perbincangan.
 
17. Saya telahpun menghantar borang secara online kepada Pegawai Penilai saya. Bolehkah saya mengubah maklumat yang telah saya isi?
  Boleh, sekiranya Pegawai Penilai anda belum melihat borang tersebut. Tetapi sekiranya Pegawai Penilai anda telah melihat borang berkenaan, anda tidak dapat mengubah apa-apa maklumat lagi. Oleh yang demikian, sila pastikan anda membuat semakan dan mencetak sesalinan borang untuk simpanan dan sekiranya berpuashati anda bolehlah menghantar nya kepada Pegawai Penilai.
 
18. Bila mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) 2004 bagi mengesahkan markah prestasi 2004 dijangka akan bersidang?
  Disember 2004. PPSM ini juga akan menentukan pergerakan gaji tahunan dan anjakan gaji tahun 2005.
 
19. Saya berjawatan Pegawai Penyelidik yang ditempatkan di Bahagian Pengurusan. Perlukah saya mengisi ruangan penerbitan yang dikhususkan untuk Pegawai Penyelidik?
 

Ruangan penerbitan hanya wajib diisi oleh Pegawai Penyelidik di Bahagian Penyelidikan. Walaubagaimana pun anda boleh mengisi ruangan berkenaan sekiranya anda ingin memaklumkan penerbitan yang telah anda jalankan sepanjang tahun penilaian.

 
20. Saya berjawatan Pembantu Tadbir dalam Kumpulan Sokongan I. Adalah markahprestasi saya untuk setiap Bahagian dalam Borang Penilaian sama seperti Kumpulan Sokongan II?
 

Tidak. Pembahagian markah adalah tidak sama. Sebagai contoh, Pada Bahagian Pengetahuan Dan Kemahiran , markah untuk Kumpulan Sokongan I ialah 25% manakala Kumpulan Sokongan II ialah 20 %.