Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) perlu diisi oleh setiap anggota yang menerimapakai Sistem Saraan Malaysia (SSM) (kecuali kontrak) bagi Penilaian Prestasi tahun 2004
SOALAN
1.
Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus menggunakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)?
2.
Apakah yang dimaksudkan dengan SKT?
3.
Apakah asas-asas yang diambilkira dalam penyediaan SKT?
4.
Bilakah SKT perlu disediakan?
5.
Bagaimanakah caranya untuk memastikan anggota mengikuti atau melaksanakan aktiviti seperti yang dijanjikan dalam SKT?
6.
Apakah kaitan SKT dengan Borang Penilaian Prestasi?
7.
Adakah contoh-contoh disertakan sebagai panduan untuk mengisi SKT?
   
JAWAPAN
1. Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus menggunakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)?
  Untuk menentukan penilaian prestasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Pegawai Penilai (PP) boleh melaksanakannya melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini PP dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan.

Penilaian Prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui penilaian yang ditetapkan dalam borang Laporan Penilaian Prestasi.

 
2. Apakah yang dimaksudkan dengan SKT?
  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) merupakan satu instrumen penting dalam membantu Pegawai Penilai menilai prestasi Pegawai Yang Dinilai (PYD). Ini adalah kerana SKT memberi gambaran sebenar tahap pencapaian PYD. Penyediaan SKT yang teratur membolehkan penilaian prestasi pegawai dilaksanakan dengan objektif, adil dan telus. Dalam konteks ini, peranan Ketua Jabatan / Pegawai Penilai adalah penting bagi memastikan proses penyediaan SKT dilaksanakan dengan teratur.
 
3. Apakah asas-asas yang diambilkira dalam penyediaan SKT?
  Asas penetapan yang diambilkira dalam penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah seperti berikut:

a. Perbincangan di antara Pegawai Yang Dinilai (PYD) dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) setelah mengambilkira Perancangan Tahunan Unit;

b. Aktiviti / projek yang boleh diukur sama ada dari segi kuantiti, kualiti, masa dan kos;

c. Hendaklah berasaskan peranan dan bidang tugas jawatan PYD; dan

d. Realistik dan boleh dicapai setelah mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh PYD serta sumber yang ada di bawah kawalannya.

 
4. Bilakah SKT perlu disediakan?
 

Berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM), Sasaran Kerja Tahunan (SKT) setiap Pegawai Yang Dinilai (PYD) perlu disediakan selewatnya sebelum akhir bulan Januari tahun penilaian dengan mengisi :

Penetapan SKT perlu dibincang dan mendapat persetujuan bersama di antara PYD dan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan jika perlu dengan Pegawai Penilai Kedua (PPK) berasaskan Perancangan Tahunan Unit.

 
5. Bagaimanakah caranya untuk memastikan anggota mengikuti atau melaksanakan aktiviti seperti yang dijanjikan dalam SKT?
  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah ditetapkan hendaklah dipantau pelaksanaannya oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual. Pemantauan boleh dibuat melalui mesyuarat pagi, mingguan, dwi mingguan, bulanan dan cara lain yang sesuai.
 
6. Apakah kaitan SKT dengan Borang Penilaian Prestasi?
 

Borang Penilaian Prestasi akan diedarkan di akhir tahun. Pegawai Yang Dinilai (PYD) dikehendaki menyediakan laporan/ulasan mengenai pencapaian kerja dibandingkan dengan SKT yang ditetapkan dengan mengisi:

Sekiranya ada sasaran kerja yang tidak tercapai, PYD hendaklah menyatakan sebab-sebab ianya tidak tercapai.

 
7. Adakah contoh-contoh disertakan sebagai panduan untuk mengisi SKT?
  Ya. Panduan untuk mengisi Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh dilihat seperti dalam contoh yang disertakan.
 
Contoh Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) :

Contoh Borang SKT di sebelah sesuai untuk paparan pada Adobe Reader 5.0 dan ke atas.

Sila klik ikon di bawah untuk download Adobe Reader 5.0