:: Sistem Saraan Malaysia
 

Mulai 1 November 2002 Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSM yang berteraskan kompetensi telah membuat beberapa penambahbaikan dalam SSB seperti pengubahsuaian sistem penilaian prestasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, peningkatan peluang kemajuan kerjaya, pengubahsuaian struktur gaji dan elaun serta penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan.

SSM diperjelaskan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.

Peningkatan Peluang Kemajuan Kerjaya

Penggelaran semula gred di bawah SSM menggunakan angka 1 hingga 54 mengikut kaedah berikut:

i. angka 1 ditetapkan bagi gred terendah dan diikuti dengan angka yang lebih besar bagi gred yang lebih tinggi;

ii. angka ganjil untuk gred lantikan; dan

iii. angka genap untuk gred kenaikan pangkat.

Lapisan gred baru kenaikan pangkat ditambah kepada struktur skim perkhidmatan sedia ada bertujuan memberi ruang pewujudan jawatan mengikut gred yang sesuai, kenaikan pangkat dan memperbaiki peluang kemajuan kerjaya.