![]() |
:: Pengesahan Dalam Jawatan |
Pegawai/Pengkhidmat dalam jawatan bertaraf tetap yang telah menjalani tempoh percubaan dengan jayanya sama ada tempoh percubaan asalnya atau yang dilanjutkan akan layak disahkan dalam jawatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:- a. apabila genap tempoh perkhidmatan 1 hingga 3 tahun bagi lantikan biasa dan juga yang dilantik melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ; b. telah mengikuti KursusInduksi Umum dan Induksi Khusus dengan jayanya atau Lulus Peperiksaan Am Kerajaan (bagi lantikan sebelum 1992); c. mencapai markah prestasi 70% ke atas; d. bebas dari tindakan dan hukuman tatatertib; dan e. mendapat sokongan Ketua Jabatan. |
Perlanjutan Tempoh Percubaab |
Tempoh percubaan yang disebutkan dalam mana-mana skim perkhidmatan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Panel Pembangunan Sumber Manusia(PPSM) bagi seseorang pegawai/pengkhidmat sama ada dengan berdenda (iaitu dengan penangguhan kenaikan gajinya) atau tiada berdenda. Perlanjutan tempoh percubaan hanya akan diberikan apabila terdapat cukup sebab yang munasabah mengapa pegawai/pengkhidmat tidak dapat disahkan dalam jawatannya dan sokongan Pengarah Bahagian yang berpendapat bahawa ada kemungkinan pegawai/pengkhidmat itu untuk disahkan dalam jawatan jika tempoh percubaan dilanjutkan. |