:: PERSATUAN
MPOB mengalakkan pegawai dan pengkhidmatnya menyertai persatuan / kelab untuk memupuk semangat muhibbah, kerjasama dan persefahaman antara ahli persatuan / kelab. Antara persatuan / kelab yang terdapat di MPOB ialah seperti berikut:-
 
1. Kelab Sukan dan Sosial MPOB (KSSM)
Bertujuan untuk memupuk dan menjayakan aktiviti-aktiviti sukan dan sosial. Terbuka kepada semua pegawai dan pengkhidmat MPOB yang berumur 18 tahun ke atas dan Warganegara Malaysia.
 
2. Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam MPOB(PKKIM)

Bertujuan untuk memupuk semangat persaudaraan Islam di kalangan pegawai dan pengkhidmat MPOB dan bekerjasama dengan mana-mana badan untuk kebajikan dan kemajuan Islam. Keahlian terbuka kepada pegawai dan pengkhidmat MPOB yang beragama Islam.

Borang Keahlian

 
3. Koperasi MPOB Berhad

Bertujuan untuk memberi faedah kebajikan kepada pegawai dan pengkhidmat seperti kemudahan untuk membuat pinjaman. Keahlian terbuka kepada pegawai dan pengkhidmat atau bekas pegawai dan pengkhidmat MPOB.

Borang Keahlian

 
4. Puspanita

Bertujuan untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan ahli-ahli di semua peringkat perkhidmatan. Selain daripada itu, puspanita juga dapat menggalakkan perkembangan pegetahuan, kemahiran serta kemajuan diri menerusi program-program kemajuan diri, ceramah, bengkel, seminar dan kursus. Keahlian terbuka kepada semua pegawai dan pengkhidmat wanita di MPOB.

Borang Permohonan

 
5. Persatuan/Kesatuan


Borang Permohonan Persatuan Pegawai-Pegawai MPOB

Borang Permohonan Ahli Kesatuan Kakitangan Am MPOB