:: PERPUSTAKAAN
PENGENALAN

Pusat Maklumat Sawit (PMS) / Palm Information Centre (PIC) merupakan pusat maklumat induk MPOB yang dibangunkan hasil dari pengurusan strategik maklumat korporat Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) Lembaga. Ia adalah inspirasi dari kesedaran awal bahawa penemuan R & D  berbentuk paten, penerbitan, laporan, kertas persidangan, tesis dan sumber-sumber maklumat lain adalah hak intelek organisasi yang mesti diperolehi, diproses dan dipakej semula untuk makluman awam dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. Teras penyebaran maklumat sawit bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti R & D  tetapi juga meningkatkan tahap kesedaran awam tentang perkembangan sains dan teknologi sawit ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
          PMS didukung oleh empat komponen utama iaitu Perpustakaan Sumber, PALMOILIS, PalmShoppe dan Galeri Sawit:
Perpustakaan Sumber merupakan sebuah Pusat Maklumat Khusus yang berperanan sebagai pusat simpanan dan dapatan semula maklumat MPOB khususnya dan maklumat umum terutamanya di dalam   skop  minyak  dan lelemak antarabangsa. Ia berfungsi sebagai pusat depositori semua hasil R & D lembaga yang diperolehi dari  penemuan makmal dan loji rintis seperti seperti buku & monograf, jurnal, laporan, laporan teknikal, paten, tesis, research notebook, kertas seminar, bahan-bahan penerbitan MPOB dan sebagainya. Koleksi bahan tersebut disimpan di dalam pelbagai kategori sama ada terbuka untuk aktiviti sirkulasi dan rujukan, dijadikan bahan retrospektif di Arkib Digital mahupun koleksi terhad dan sulit di Bilik Palma. Para pengguna Perpustakaan Sumber juga boleh menikmati makanan dan minuman sambil mencari maklumat di Info Café yang disediakan.
          PALMOILIS (Palm Oil Information Online Service) merupakan sebuah Pangkalan Data Atas Talian (Online Public Access Calatogue) milik PMS.  Teras pembangunan PMS ialah maklumat, merupakan suatu aset yang bernilai tambah. Ia merupakan pusat depositori dan pengaksesan maklumat fizikal dan maya (virtual) yang membolehkan pengguna mengakses maklumat yang telah didigitasikan secara atas talian dari komputer peribadi masing-masing. PMS juga mengorak langkah sebagai pembekal maklumat yang bersifat perniagaan kepada MPOB dan industri sawit sendiri melalui langganan Pangkalan Data PALMOILISHasil R & D Lembaga yang dimulakan daripada Cadangan Projek boleh dikembangkan melalui maklumat-maklumat sokongan di PMS sehingga dapat menghasilkan satu set harta intelek yang akhirnya dapat dikomersilkan dan dijual di PalmShoppe.
          PalmShoppe merupakan sebuah pusat sehenti yang menjual bahan-bahan penerbitan MPOB dan bahan penerbitan lain yang berkaitan dengan minyak sawit / kelapa sawit Malaysia. Ia juga  menjual produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan minyak sawit, produk-produk lain berasaskan sawit, cenderahati bermotifkan sawit dan sebagainya.  Ia sebagai sebuah pusat pameran dan jualan yang mempamerkan kepelbagaian gunaan tanaman emas Malaysia seperti bahan kosmetik, kemeja-t, lilin, mug, key chain, produk makanan kesihatan dan seumpamanya. Selain itu, ia juga terlibat dengan pameran luar anjuran MPOB atau yang berkaitan dengan industi sawit Malaysia.
          Galeri Sawit merupakan sebuah ‘Science Centre on the Oil Palm – Malaysia’s Golden Crop’.  Objektif penubuhan Galeri Sawit adalah sebagai pusat pameran kejayaan MPOB di dalam industri minyak sawit dan segala pencapaian R & D industri di mata dunia.  Ia mempunyai 8 sub unit bermula dengan Sejarah, Ladang Sawit, Minyak Tanaman Emas, Palma Agung, Pilihan Semulajadi, Peluang Pelaburan, Enjin Pertumbuhan Industri serta Penyelidikan & Pembangunan. Galeri ini sentiasa menerima pelawat dari dalam dan luar negara.

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA DI PUSAT MAKLUMAT SAWIT
  1. Perpustakaan Sumber menjalankan aktiviti sebagai pusat pengumpulan, simpanan dan dapatan semula maklumat secara fizikal dan maya yang menjadi sumber rujukan  pengguna di dalam dan luar MPOB untuk memperolehi maklumat terpilih dan terkini;
  2. Arkib Digital berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan rujukan jurnal retrospektif berjilid (bound journal) yang menjadi tumpuan rujukan pengguna Perpustakaan Sumber;
  3. Pengurusan Harta Intelek mengurus depositori MPOB Technologies / Transfer of Technology (TOT) iaitu Technology of Transfer (TT) & Technology of Service (TS) setiap tahun;
  4. PalmShoppe menjalankan perniagaan secara runcit dan beroperasi pada hari bekerja bermula jam 8:30 pagi – 4:30 petang   Selain itu, ia juga terlibat dengan pameran luar anjuran MPOB atau yang berkaitan dengan sawit;
  5. Galeri Sawit yang merupakan pusat pameran kejayaan MPOB dan industri sawit menerima kunjungan rasmi dan tidak rasmi  pelawat dari dalam dan luar negara;
  6. Menjalankan aktiviti promosi dan langganan PALMOILIS (Palm Oil Information Online Service) kepada pengguna Pusat Maklumat Sawit.
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SUMBER
  • Pusat Maklumat beroperasi seperti berikut :

Pengguna  ‘Walk-In’
                   Isnin – Khamis        :        8:30 pagi - 4:30 petang;
                   Jumaat                   :        8:30 pagi - 12:15 tengahari;
                                                :        2:45 petang - 4:30 petang;
          Ditutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SUMBER
  • Pangkalan Data PALMOILIS (Palm Oil Information Online Service);
  • Sirkulasi (Pinjaman / Pemulangan / Tempahan) Bahan Perpustakaan;
  • Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) / Pinjaman Antara Perpustakaan / Interlibrary Loans (ILL);
  • Fotokopi, Faks, E-mel & Surat Menyurat Melalui Pos (Mailing List);
  • Pencarian Maklumat (Literature Search)
  • Perkhidmatan Kesedaran Semasa / Current Awareness Services / Selective Dissemination Information (SDI);
  • Audio Visual / Multimedia;
  • Tempahan Bilik Kemudahan / Room Accomodation Reservation seperti Mesyuarat, Sukan, Majlis Rasmi, Peperiksaan dsbgnya (Dikendalikan oleh PalmShoppe).
PALMOILIS (PALM OIL INFORMATION ONLINE SERVICES)

PALMOILIS adalah suatu perkhidmatan Pangkalan Data Atas Talian (Online Public Access Catalogue) untuk Pusat Maklumat Sawit (PMS) yang dibangunkan dan dihoskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada tahun 1993 pada majlis PORIM International Palm Oil Congress (PIPOC).  Data minyak sawit, maklumat dan pengetahuan adalah sumber strategik, modal intelektual dan produk utama MPOB. Ia adalah satu sumber maklumat digital yang terhasil daripada koleksi retrospektif semua aset maklumat atau Harta Intelek Lembaga di dalam keseluruhan koleksi Perpustakaan Sumber.

KATEGORI PELANGGAN PALMOILIS

Terbahagi kepada dua kategori pelanggan :

  1. Pelanggan MPOB – semua anggota layak menjadi ahli secara percuma;
  2. Pelanggan Industri – seperti kategori di bawah:
KATEGORI KEAHLIAN PALMOILIS

Pusat Maklumat Sawit / Palm Information Centre menawarkan dua kategori keahlian; Individu dan Korporat. Semua ahli yang berdaftar akan mendapat Kad Keahlian untuk menggunakan kemudahan di PMS:

  1. Individu – terbuka kepada individu luar / orang perseorangan  sama ada pelajar, penjawat awam, swasta dan sebagainya;
  2. Korporat – terbuka kepada para industri yang boleh mendaftar melalui organisasi mereka termasuk agensi kerajaan dan swasta.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Pusat Maklumat Sawit @ http://palmoilis.mpob.gov.my