:: KEMUDAHAN BIASISWA
Syarat Kelayakan

Bagi Ijazah Sarjana, pelajar perlu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Teknologi serta perlu memperolehi PNGK/CGPA 3.00 ke atas atau Ijazah Kelas Pertama atau Kepujian Kelas Pertama.

Bagi Ijazah Kedoktoran, pelajar perlu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 ke atas dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Permohonan

a) Umum

  • Telah disahkan ke dalam jawatan
  • Telah berkhidmat dengan MPOB tidak kurang dari 3 tahun
  • Mempunyai Penilaian Prestasi yang baik
  • Mendapat sokongan dari Pengarah Bahagian dan Ketua Unit
  • Bebas dari sebarang tindakan tatatertib
  • Kursus yang dipohon berkaitan dengan bidang tugas
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris skor minima samada TOEFL 580 atau IELTS 6.0 bagi permohonan kursus luar negara.

b) Had Umur

  • Ijazah Sarjana: Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun
  • Ijazah Kedoktoran: Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 43 tahun

c) Cara Memohon

Pegawai yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat kelayakan perlu mengisi dan menghantar Borang Permohonan Latihan kepada Unit Pembangunan Insan dan Pengurusan Persidangan bersama dengan dokumen berikut:-

  • Salinan Sijil Akademik dan transkrip peperiksaan
  • Surat tawaran masuk ke Universiti
  • Cadangan Projek Penyelidikan (termasuk jadual sasaran
  • Projek, kos penyelidikan & yuran pengajian)
  • Senarai Tugas
Pinjaman Pengajian

Pegawai/pengkhidmat yang melanjutkan pengajian secara separuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tetapi belum menerima kemudahan pembiayaan pengajian oleh mana-mana pihak boleh memohon pinjaman pengajian.

Kemudahan pinjaman yang diluluskan adalah untuk membayar yuran pengajian sahaja. Jumlah pinjaman bergantung kepada invois yang dikeluarkan oleh pihak IPTA/IPTS. Kadar caj perkhidmatan tetap yang dikenakan ialah sebanyak 2.5%.

Syarat Permohonan

  • Latihan yang diikuti berkait dengan tugas
  • Pegawai/pengkhidmat bertaraf tetap dan telah berkhidmat tidak kurang tiga tahun dengan MPOB dan telah disahkan dalam jawatan
  • Disokong oleh Ketua Unit dan Pengarah Bahagian
  • Bebas daripada tuduhan dan tindakan tatatertib
  • Mempunyai penilaian prestasi yang baik sekurang-kurangnya 80% markah untuk dua tahun berturut-turut
  • Berkemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan dengan potongan gaji setiap bulan. Jumlah potongan bulanan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai/pengkhidmat dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.
  • Telah mendapat tempat di IPTA/IPTS.
  • Belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang berkenaan.

Cara Memohon

Pegawai/pengkhidmat yang berminat hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Latihan yang boleh diperolehi di dalam http://apps.mpob.gov.my kepada Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan bersama dengan dokumen berikut:

  • Sijil-sijil akademik, surat tawaran masuk ke IPTA/IPTS dan proposal tesis jika ada. Jika IPTS, program pengajian yang diikuti hendaklah yang diluluskan oleh Lembaga Akredasi Negara (LAN). Program yang berupa Francais dengan IPTA tempatan hendaklah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
  • Kepilkan bersama salinan penilaian prestasi dua tahun berturut-turut.
  • Salinan slip gaji (tiga bulan lepas berturut-turut).