LAKUKAN PERISYTIHARAN HARTA DENGAN SEGERA

Mana-mana anggota yang baru dilantik atau anggota yang belum mengisytiharkan harta hendaklah berbuat demikian dengan segera. Bagi anggota yang telah mengisytiharkan harta adalah diingatkan bahawa perisytiharan harta perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun berdasarkan tarikh perisytiharan harta dibuat.

Pihak Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) sedang memantau dari semasa ke semasa bilangan anggota MPOB yang masih belum mengisytiharkan harta untuk dimaklumkan kepada pihak JPA.

Diingatkan bahawa tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) boleh diambil terhadap anggota yang gagal membuat perisytiharan harta.

 

1.
DEFINISI HARTA
. .

"Harta" bermaksud harta yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B) 104 bertarikh 11 Mac 2010 seperti berikut:

(a) berkenaan dengan harta tak alih:
i. tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
ii. segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
iii. bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan
. .
(b) berkenaan dengan harta alih:
i. apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
ii. syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
iii. apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
iv. apa-apa jenis kenderaan bermotor;
v. apa-apa harta alih yang lain termasuklah barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.
. .
(c) Pemilikan Harta Yang Dilarang
Pegawai tidak dibenarkan:
(i) memiliki lesen:
kenderaan perniagaan
kenderaan perkhidmatan awam
perniagaan hiburan; atau
..
(ii) memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan.
. .
Larangan di perenggan 1(c)(i) dan (ii) ditujukan khusus kepada pegawai itu sendiri dan tidak termasuk ahli keluarga mereka. Pegawai yang telah sedia memiliki jenis harta yang dinyatakan di perenggan 1(c) (i) dan (ii) secara pusaka dikehendaki melaporkannya.
. .
2.
KEWAJIPAN MENGISYTIHARKAN HARTA
. .
Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:
. .
i. dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
ii. naik pangkat;
iii. dikehendaki oleh Kerajaan;
iv. memperoleh harta tambahan; dan
v. melupuskan harta.
. .
3.
PEGAWAI YANG BELUM PERNAH MENGISYTIHARKAN HARTA
. .
Pegawai yang belum pernah mengisytiharkan harta semenjak dilantik, hendaklah mengisytiharkan harta dengan menggunakan borang seperti di MPOB/FMD/Bil. 4.
. .
4.
PEGAWAI YANG PERNAH MENGISYTIHARKAN HARTA TETAPI TEMPOHNYA TELAH MELEBIHI LIMA TAHUN / TAMBAHAN HARTA
. .
(i) Pegawai yang pernah mengisytiharkan harta sebelum ini tetapi tempohnya telah melebihi lima (5) tahun dari tarikh perisytiharan terakhir, hendaklah membuat perisytiharan harta yang baru (kecuali wang tunai atau simpanan yang perubahan jumlahnya kurang daripada 6 bulan emolumen) menggunakan borang seperti di MPOB/FMD/Bil. 4.
. .
(ii) Perisytiharan harta tambahan (kecuali wang tunai atau simpanan yang perubahan jumlahnya kurang daripada 6 bulan emolumen) sekiranya dalam tempoh lima (5) tahun tersebut pegawai telah memperolehi apa-apa harta. Perisytiharan harta tambahan ini hendaklah menggunakan borang yang sama iaitu borang seperti di MPOB/FMD/Bil. 4.
. .
5.
PERISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA
. .
(i)

Perisytiharan pelupusan harta (kecuali wang tunai) sekiranya dalam termpoh lima (5) tahun tersebut pegawai ada melupuskan apa-apa harta. Perisytiharan pelupusan harta hendaklah menggunakan borang seperti di MPOB/FMD/Bil. 5 .

. .
6.
PERAKUAN 'TIADA PERUBAHAN' KE ATAS PEMILIKAN HARTA
. .
(i)

Perakuan 'Tiada perubahan' ke atas pemilikan harta yang telah diisytiharkan sebelum ini sekiranya dalam tempoh lima (5) tahun tersebut pegawai tidak memperoleh atau melupuskan apa-apa harta dengan menggunakan borang seperti di MPOB/FMD/Bil.6.

. .
7.
PEMILIKAN SYARIKAT PERNIAGAAN PERSENDIRIAN YANG DIMILIKI OLEH AHLI KELUARGA
 
(i)

Syarikat perniagaan yang dimiliki oleh ahli keluarga pegawai hendaklah diisytiharkan menggunakan borang seperti di MPOB/FMD/Bil. 7 .

. .
8.
BORANG YANG DIGUNAKAN
. .
i.
Borang MPOB/FMD/Bil. 4
Bagi perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan.
. .
ii.
Borang MPOB/FMD/Bil. 5
Bagi perisytiharan pelupusan harta.
. .
iii.
Borang MPOB/FMD/Bil. 7
Bagi perisytiharan syarikat / perniagaan persendirian.
. .
iv.
Borang MPOB/FMD/Bil. 6
Bagi perisytiharan harta tiada berubah.
   

 

Borang-borang boleh diperolehi di Seksyen Urusetia, Unit Sumber Manusia atau dicetak melalui http://usm.mpob.gov.my. Borang asal yang telah diisi dan ditandatangani hendaklah dihantar ke Unit Sumber Manusia (u.p: Pn. Norleza Ahmad Aripin) untuk tindakan selanjutnya.