:: ELAUN KERANA MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN

Pegawai/pengkhidmat atau pesara yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan untuk menerima pingat atau Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah ia bertugas rasmi. Bagi pesara, tuntutan bolehlah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan kadarnya adalah mengikut gred jawatan yang akhir sebelum pegawai/pengkhidmat bersara. Dua orang tetamu yang diundang dan menghadiri istiadat tersebut juga layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran yang kadarnya adalah mengikut kelayakan pegawai/pengkhidmat tersebut. Bagi tetamu pesara pula kadarnya adalah mengikut gred jawatan yang akhir sebelum pegawai/pengkhidmat tersebut bersara. Pegawai/pengkhidmat juga layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dengan kadar maksimum RM300.00 . Tuntutan bayaran balik kemudahan ini hendaklah berdasarkan resit serta disokong dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi tersebut.