:: BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL

Elaun ini disediakan bagi menarik dan mengekalkan pegawai/pengkhidmat dalam perkhidmatan kritikal kecuali pegawai/pengkhidmat di Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Elaun ini diberikan kepada pegawai/pengkhidmat yang menjawat jawatan bertaraf tetap atau sementara dalam perkhidmatan kritikal. Beberapa perkhidmatan ditetapkan sebagai perkhidmatan kritikal berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara;

2. Persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih;

3. Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut; dan

4. Keadaan persekitaran tempat kerja.

Skim perkhidmatan yang diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Kritikal.

Senarai Perkhidmatan Kritikal

1. Arkitek

2. Arkitek Laut

3. Jurutera

4. Jurutera Laut

5. Pegawai Perikanan (Kejuruteraan)

6. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan)

7. Pemeriksa Kilang dan Jentera

8. Jururawat

9. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang

10. Juruukur Bahan

11. Malim

12. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA)

13. Pegawai Laut

14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Kejuruteraan dan Ketukangan)

15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Kejuruteraan dan Ketukangan)

16. Pegawai Penyelidik

17. Pegawai Perubatan

18. Pegawai Undang-undang

19. Pemeriksa Kapal Terbang

20. Pembantu Pegawai latihan Vokasional/Penolong Pegawai latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional

21. Penjaga jentera Elektrik

22. Penolong Pegawai Laut

23. Pensyarah UiTM
(Kejuruteraan, Perundangan, Senibina dan Ukurbahan)

24. Pensyarah Universiti
(Kejuruteraan, Perundangan, Senibina dan Ukurbahan)

25. Pensyarah Perubatan

26. Tukang K1

27. Tukang K2

28. Pegawai Pergigian

29. Penolong Jurutera Laut

30. Pegawai Farmasi

31. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera

Kadar bayaran bulanan adalah seperti berikut:

1. Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Kumpulan
Kadar Daripada Gaji Pokok
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
5%
Kumpulan Sokongan
10%

Pegawai/pengkhidmat tersebut layak menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:

 
Keadaan
Kenyataan
1.
Bercuti tanpa gaji
(termasuk cuti belajar tanpa gaji).
Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tanpa gaji
2.
Bercuti separuh gaji
(termasuk cuti belajar separuh gaji).
Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti separuh gaji.
3.
Berkursus dengan bergaji penuh
Melebihi 3 bulan
Bayaran diberhentikan bagi tempoh kursus.
4.
Bercuti rehat melebihi 28 hari
Berturut-turut.
Bayaran diberhentikan
5.
Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut. Bayaran diberhentikan 3. Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit Bayaran diberhentikan
yang melebihi 28 hari berturut-turut. bagi tempoh cuti tersebut.
6.
Pegawai-pegawai Gred 1 dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
yang memangku jawatan Gred Utama
dan Gred Khas.
Bayaran diberhentikan bagi tempoh pemangkuan.

 

1. Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gred
Kadar Sebulan
Jawatan Utama
Jawatan Gred Khas
Ketua Setiausaha Negara
RM5300
Tidak Berkaitan
Turus I
RM5200
Tidak Berkaitan
Turus II
RM5100
Tidak Berkaitan
Turus III
RM5000
Tidak Berkaitan
Gred `A'
RM4000
RM3300
Gred `B'
RM3050
RM2650
Gred `C'
RM2500
RM2150
2. Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan
Kadar Sebulan
53 dan 54
RM800
51 dan 52
RM600
47 hingga 50
RM550
43 dan 44
RM400